6.04.2010

Lupa daratan.

Aku ada seorang kawan yang mudah lupa dengan apa yang dia ada. Tak kira keluarga, kawan, kerjaya atau apa saja yang melibatkan dirinya. Kadang-kadang aku tak faham. Kenapa dia susah untuk bersyukur dengan apa yang dia miliki. Susah sangat ke nak terima kehidupan yang sedia ada.

Oh. Mungkin sebab dikala usia muda, belum lepas lagi semua keinginan. Biasalah manusia. Selagi boleh kejar, boleh dapat. Ayat yang selalu kita dengar, "Asal boleh je!".

Nak kata dia lupa daratan, dah banyak kali perilakunya tidak menunjukkan sebarang perubahan. Dah jumpa yang baru, tergedik-gedik sana sini. Yang lama tu sudah tentu masih wujud. Tapi entah. Keliru aku dibuatnya di kala memikirkan, "Eh, sedap dia je nak guna aku!" ataupun "Apa yang dia mahukan?".

Tak faham?!
Tak perlu pun sebab luahan hati aku hanyalah pemberi ingatan pada diri sendiri.

8 comments:

Legasi Piston Pecah said...

Biasalah kan,manusia bila diberikan kesenangan yang melimpah ruah pasti mudah lupa diri..lebih-lebih lagi bila diri sendiri takda pendirian dan pegangan hidup yang kukuh..

--
Entri Baru :[REVIEW] Lagenda Budak Setan

mamamarissa said...

hi putri...long time not hear from u..jgn sampai putri lupa blog sudah la ya :)

susudalambotol said...

sipetinyanyi kembali?

tembun said...

kalau psl kawan ni put seyes arhh benda yang paling takot
dan hal yang paling perlu kita jaga
time baik..semua indah..
tengok je bila buat mslh..sakitnyee hati..seyes Put..
(luah dari pengalaman)

Ibu Akidd said...

hi just one of ur SR here...

ooh i have many of those in my life.. u dont call them 'kawan'.. we call the KENALAN jek :) bezakan?

Jojol said...

geram2

m@Ri@ said...

manusia sering lupa ingatan

Sha Pattinson said...

biarkan dia dengan labu-labunya