7.12.2010

Kawan.

Sejak kecil,

Aku memang punya ramai kenalan tapi bukan kawan. Kawan pada aku, boleh dikira dengan jari. Bukan senang nak menjadi kawan seseorang. Setakat bergantung pada atas nama kawan, mana cukup. Banyak perkara kita perlu korbankan untuk menjadi seorang kawan.

Sejak kecil,

Sebolehnya aku elak berkawan dengan perempuan. Setakat kenalan, boleh je. Ingat senang ke nak berkawan rapat dengan perempuan yang lain? Cemburu sana sini dari semua segi. Mana ada istilah bersaing kalau namanya pun kawan.

Sejak kecil,

Aku membesar dengan tiga adik-beradik lelaki lain buat aku jadi seperti mereka. Lelaki. Tak pelik kalau aku katakan aku suka panjat pokok, lumba basikal dan main bola kan? Semua ni pengalaman aku sewaktu sekolah rendah. Aku suka main masak-masak, patung segala tapi aku tak reti nak gedik sana sini. Faham tak?

Sejak kecil,

Aku takkan ada lebih daripada 3 orang kawan baik serentak. Macam aku pernah kata, aku ramai kawan baik tapi lain cabang. Aku tak pandang umur menjadi jurang untuk aku berkawan. Kawan baik perempuan aku selalunya punya perangai sama. Tak banyak, sikit pun jadi lah. Apa yang penting, aku dan dia mesti ada satu aura "Ko macam tau-tau je apa aku rasa".

Kesimpulannya,

Mungkin aku bukan kawan paling terbaik yang pernah mereka ada sebab aku ni berfikiran seperti lelaki. Malas nak panjangkan cerita yang boleh dipendekkan bila ada masalah. Aku bersikap terbuka dan kadang-kadang aku saja buat tak endah sebab aku yang terluka selalunya. Aku memang memilih bab berkawan tapi aku hargai setiap mereka yang ada walaupun aku sekadar tempat persinggahan.

5 comments:

cik gObu said...

kih kih kih
utk mendapatkan seorang 'teman' atau 'kawan' amat susah

pilih punya pilih

last2 selesa berkawan dgn orang lelaki

takot terluka dengan mereka yg sy namakan seorang sahabat :D

cujern said...

samalah kita. saya memang kurang kawan baik perempuan. setakat kenalan mmg ramai. kawan yang sehati sejiwa dan memahami memang takde. diorang datang mcm angin. tapi, sikap saya yg tak berapa mesra ni pun jadi penyebab saya kurang kawan sebenarnya.

Sofia said...

bersikap neutral yang paling bagus :)

m@Ri@ said...

biar jadi kawan dr jadi lawan..

1mM@ said...

x best btol ada org phd nih. tgk kitadua ni.. sah2 org kawan baik awk dr cabang yg dah nak reput. ngeh ngeh.. xde pon nak jeles2. tgk arr kita pon kawan baik ramai je laki. haha u knw who. ;p
take care...