10.04.2010

Dunia blog.


Dah lama rasanya saya nak utarakan pendapat tentang dunia blog ni. Mungkin setahun dua yang lalu, semangat nak menulis diari online ni membuak. Baru berjinak katanya. Mungkin juga pengalaman yang saya lalui dulu tak kira suka duka buat saya ingin berkongsi. Hampir semua agenda kehidupan saya update.

Tapi semua tu dulu.


Saya tak pernah bercita nak kaut berapa ramai followers yang suka dengan blog ni. Saya juga tak pernah bercita untuk semua orang tinggalkan komen. Saya hanya tulis apa yang saya rasa, apa yang saya lalui. Kesimpulannya, saya tulis setiap entri bukan untuk popular.

Tapi tak popular-popular pun.


Saya kagum dengan beberapa blog kawan yang saya kenali. Ada yang bertema. Kalau nak cerita pasal wedding, habis semua perincian dia kongsikan. Baguslah tak kedekut info. Ada yang suka bercerita tentang cahaya mata masing-masing. Pengalaman membawa zuriat, saat melahirkan dan macam-macam lagi.


Tapi saya? Suka cerita pasal diri sendiri, aktiviti yang saya buat dengan kawan-kawan terutamanya. Nak kata syok sendiri? Saya punya blog, saya punya pasal lah kan? Haha.


Apapun yang kita cerita, jangan sampai makan diri.

8 comments:

m@Ri@ said...

maria cerita apa yg maria nak cerita..

Putri Ramlan said...

maria, samalah dgn kawan2 kita yang lain. cerita apa yang nak diceritakan tp biar berpada. :)

fatenton said...

saya pun makin lama makin malas dah update blog putri :D

Putri Ramlan said...

faten, itulah pasalnya. kadang2 bila life dah makin best or privacy kita lagi suka diamkan diri. :)

goblogbyfarah said...

nice knowing u putri, even thru blog je!hehe..

Putri Ramlan said...

farah, i'm glad that i've known you too. ;) looking forward to see u, darling!

Melissa said...

Haha the image above sounds something like me. Yikes. :p

Putri Ramlan said...

melissa: hahaha. well, it is mostly refering to me too. i mean, the photo above. :P