3.23.2011

Terima kasih, kawan.

Makin meningkat umur terpulang pada seseorang tu beri reaksi; mudah melenting dan melatah atau sebaliknya dalam apa jua situasi sekali pun. Sedar atau tak kalau apa sahaja isu sensitif yang dibangkitkan sesiapa pun boleh terguris hati walau sekuat dan setabah mana pun diri seseorang tu.

Saya secara peribadi tak dapat sembunyikan segala perasaan negatif yang menimpa diri pada mereka yang saya kira menjadi sebahagian daripada hidup. Kadangkala, bila terlepas kata pun mereka abaikan sahaja. Terima kasih kerana memahami diri saya seadanya.

Percayalah, apa sahaja yang berlaku pada diri kita semuanya bersebab. Bila kita redha dengan apa yang berlaku, InsyaAllah jalan ke arah yang lebih baik bakal tiba. Tapi ingat, tanamkan dalam hati sifat sabar.

Tolak ketepi soal didikan ibu bapa kerana dengan siapa kita berkawan juga sebenarnya adalah cermin diri kita. Selagi kita tak tempuh pengalaman yang kurang enak bersama, sampai bila pun kita takkan kenal sejauh mana keikhlasan dan kejujuran. Kalau nak yang indah belaka sahaja, sampai bila pun kita menidakkan perkara yang logik dan realiti. Tak gitu?

Cara paling mudah, kita teruskan sahaja dengan kehidupan yang kita lebih selesa. Tak perlu ubah diri semata-mata nak jaga hati orang melainkan untuk kebaikan bukan keburukan.

:-)